Patah Hati
Pengarah: K.M. BaskerSyarikat Penerbit: Malay Film Productions Ltd
Bahasa: Bahasa Melayu
Kategori: Filem Cereka
Genre: Drama, Cinta
Klasifikasi: U - Untuk Tontonan Umum
Durasi: 105 Min
Tarikh Tayangan: 02 Ogos 1952
Sinopsis
KASSIM yang bercita-cita tinggi telah dibiayai perbelanjaan persekolahannya oleh Sidek (seorang hartawan) apabila ayahnya (Hassan) tidak berkemampuan tetapi dengan syarat bila lulus kelak dia mesti kahwin dengan anak perempuannya – Salmah. Kassim lulus dalam peperiksaan Senior Cambridge di London, dan ketika singgah di Singapura dia telah bertemu dengan seorang gadis penjual bunga (Rahimah) di mana Kassim telah jatuh cinta terhadapnya. Rahimah pula ialah gadis yatim piatu dan datang ke Singapura mengadu nasib setelah orang tuanya terbunuh di Jakarta.Percintaan Kassim dengan Rahimah tidak direstui Hassan dan Sidek. Mereka mengharapkan supaya Kassim berkahwin dengan Salmah. Dan bagi memutuskan perhubungan tersebut Hassan pergi menemui Rahimah dengan tidak setahu Kassim. Kepada Rahimah, Hassan menceritakan peristiwa peristiwa hutang budi disebabkan Kassim dan Hassan merayu supaya dia jangan lagi membuat perhubungan dengan Kassim.
Mendengar rayuan Hassan, Rahimah bersumpah tidak akan menemui Kassim dan dengan itu Rahimah pun berpindah ke tempat lain dengan membawa hati yang patah dan meninggalkan sepucuk surat untuk Kassim. Kassim kecewa bila membaca surat Rahimah itu dan dengan tidak berdaya lagi dia terpaksa juga berkahwin dengan Salmah dan hasil dari perkahwinan itu lahirlah anak lelaki yang diberi nama Yusof.
Selang 20 tahun kemudian dan dalam usia yang telah lanjut Kassim sering terganggu kesihatannya kerana di serang sakit jantung dan dia telah dinasihatkan oleh orang tuanya supaya pergi berehat ke Pulau Pinang. Di Pulau Pinang, dengan tidak disangka-sangka Kassim bertemu dengan Rahimah yang sedang menjunjung bakul bunga keluar dari kedai bunga. Dengan pertemuan tersebut kasih sayang mereka berpadu semula.
Kassim kemudian membawa Rahimah ke Kuala Lumpur dan diberiikannya sebuah rumah. Ekoran dari itu timbul pula desas desus menuduh Kassim sudah terpedaya oleh seorang wanita yang berhasrat mahu membolot harta kekayaannya. Berita-berita tersebut telah sampai ke pengetahuan Salmah lalu dia menyuruh anaknya (Yusof) membuat siasatan. Dalam satu pertemuan Yusof telah mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina Rahimah dan sebelum sempat Yusof memukul Rahimah, Kassim tiba dan menghalangnya.
Di sebabkan terlalu marah Kassim sekali lagi di serang sakit jantung lalu dibawa pulang. Kassim kemudian telah menerangkan segala-galanya yang mana menyebabkan Salmah menyedari kesalahannya dan berjanji akan berbaik dengan Rahimah. Bagaimanapun, akhirnya Kassim dengan tenang pergi menemui Tuhannya dan sewaktu Rahimah menerima berita tentang kematian Kassim daripada Yusof dan disebabkan terlalu patah hatinya Rahimah turut juga menjejaki Kassim menemui Illahi.
Cast
Tan Sri Dr P. Ramlee; Kasim (Pelakon Utama)Neng Yatimah: Rahimah (Pelakon Utama)
Musalmah: Salmah (Pelakon Utama)
Mohd Hamid: Yusuf (Pelakon Pembantu)
Ulong Jawa: Hasan (Pelakon Pembantu)
Dato' Haji Jamil Sulong: (Pelakon Pembantu)
Hashim Nor: Sidek (Pelakon Pembantu)
Ahmad Chetti: (Pelakon Tambahan)
Fatimah Ahmad: (Pelakon Tambahan)
R. Samiadji Widjaja: (Pelakon Tambahan)
Malek Sutan Muda: (Pelakon Tambahan)
Marliah Ahmad: (Pelakon Tambahan)
Aini Jasmin: (Pelakon Tambahan)
Crew
K.M. Basker: PengarahK.M. Basker: Cerita Asal
Dato' Haji Jamil Sulong: Cerita Asal
Chow Chan Kok: Pengarah Fotografi
Bharatvir: Penyunting
Hayat Haris: Penyunting
Dato' Haji Jamil Sulong: Pembantu Pengarah
Edith Castillo: Koreografer
Yusoff B: Komposer
Source: http://cinemamalaysia.com.my/film/info/?id=Patah_Hati_529
Video: http://www.youtube.com/watch?v=n2k2_sjeEFI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan