Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2013

P. Ramlee - Sarjan Hasan - 1958

Sarjan Hassan Pengarah: Tan Sri Dr P. Ramlee , Lamberto Avellana Syarikat Penerbit: Malay Film Productions Ltd Bahasa: Bahasa Melayu Kategori: Filem Cereka Genre: Patriotik, Sejarah, Drama, Peperangan Klasifikasi: U - Untuk Tontonan Umum Tarikh Tayangan: 26 Ogos 1958 Sinopsis  HASSAN (ketika berusia 10 tahun) telah ditinggalkan ayahnya yang meninggal dunia.  Dia menjadi yatim piatu dan kerana ayahnya adalah bekas pekerja Tok Penghulu, Hassan dijadikannya sebagai anak angkat. Tok Penghulu mempunyai seorang anak lelaki (Aziz) yang tidak menyukai Hassan tinggal serumah dengannya tetapi bagaimanapun pembantu rumah (Minah) sayangkan Hassan.  Aziz sering mendera Hassan tetapi Hassan menghadapinya dengan tenang dan tabah.  Suatu ketika Aziz telah mengapi-apikan kawan sekolahnya (Buang) dengan menyatakan Hassan boleh menewaskannya kalau beradu kekuatan yang mana ini menyebabkan Buang mencari pasal dengan Hassan supaya perkelahian berlaku.  Hassan eng...

P. Ramlee - Penarik Beca - 1955

Penarik Beca Pengarah: Tan Sri Dr P. Ramlee Syarikat Penerbit: Malay Film Productions Ltd Bahasa: Bahasa Melayu Kategori: Filem Cereka Genre: Drama, Cinta Klasifikasi: U - Untuk Tontonan Umum Durasi: 106 Min Tarikh Tayangan: 25 Okt 1955 Sinopsis  AMRAN, penarek beca yang miskin telah dilanggani becanya oleh Azizah, anak gadis Orang Kaya Marzuki, berikutan pertemuan mereka ketika Amran menolong Azizah dari gangguan, Ghazali (buaya darat yang berada dalam perhatian Polis) bersama teman baiknya, Borhan. Orang Kaya Marzuki yang kedekut pada mulanya tidak setuju lebih-lebih lagi terpaksa membayar sewa langganan yang ditetapkan Azizah sebanyak 40 ringgit tetapi kerana mahu menjaga hati anak tunggalnya itu dia mengalah dan terpaksa bersetuju dengan bayaran tersebut tetapi hanya untuk bulan itu saja. “Lain bulan kira lain tau,” katanya. Kerana sikap kedekutnya, Orang Kaya Marzuki telah bertengkar dengan seorang tukang beca kerana mahu pergi ke Kampung Besi yang jauh dengan ...

P. Ramlee - Patah Hati - 1952

Imej
Patah Hati Pengarah: K.M. Basker Syarikat Penerbit: Malay Film Productions Ltd Bahasa: Bahasa Melayu Kategori: Filem Cereka Genre: Drama, Cinta Klasifikasi: U - Untuk Tontonan Umum Durasi: 105 Min Tarikh Tayangan: 02 Ogos 1952 Sinopsis KASSIM yang bercita-cita tinggi telah dibiayai perbelanjaan persekolahannya oleh Sidek (seorang hartawan) apabila ayahnya (Hassan) tidak berkemampuan tetapi dengan syarat bila lulus kelak dia mesti kahwin dengan anak perempuannya – Salmah. Kassim lulus dalam peperiksaan Senior Cambridge di London, dan ketika singgah di Singapura dia telah bertemu dengan seorang gadis penjual bunga (Rahimah) di mana Kassim telah jatuh cinta terhadapnya.  Rahimah pula ialah gadis yatim piatu dan datang ke Singapura mengadu nasib setelah orang tuanya terbunuh di Jakarta. Percintaan Kassim dengan Rahimah tidak direstui Hassan dan Sidek.  Mereka mengharapkan supaya Kassim berkahwin dengan Salmah.  Dan bagi memutuskan perhubungan tersebut Has...

P. Ramlee - Hujan Panas - 1953

Imej
Hujan Panas Pengarah: B. N. Rao Syarikat Penerbit: Malay Film Productions Ltd Bahasa: Bahasa Melayu Kategori: Filem Cereka Genre: Drama Klasifikasi: U - Untuk Tontonan Umum Durasi: 115 Min Tarikh Tayangan: 15 Ogos 1953 Sinopsis  Amir ialah seorang pelayan restoran yang bercita-cita menjadi penggubah lagu. Dia meminati Aminah, seorang penyanyi di tempat kerjanya. Amir meminta Aminah menyanyikan lagu-lagu ciptaannya tetapi Aminah tidak berminat. Sementara itu, Hasnah, juruwang di restoran itu berasa simpati terhadap Amir yang dihina oleh Aminah apabila Amir menyatakan rasa cintanya pada Aminah. Dalam diam, Hasnah turut menyimpan perasaan terhadap Amir. Pada suatu hari, sorang pemilik opera bernama Zakaria mengunjungi restoran itu dan terdengar lagu-lagu ciptaan Amir, lalu mempelawa Amir bekerja di tempatnya. Amir tidak mahu pergi sekiranya Aminah tidak ikut bersama. Akhirnya Zakaria mengambil mereka berdua bekerja di tempatnya. Semakin lama, lagu-lagu ciptaan...

P. Ramlee - Rachun Dunia - 1950

Imej
Rachun Dunia Pengarah: B.S Rajhans Syarikat Penerbit: Malay Film Productions Ltd Bahasa: Bahasa Melayu Kategori: Filem Cereka Genre: Drama Klasifikasi: U - Untuk Tontonan Umum Durasi: 109 Min Tarikh Tayangan: 16 Feb 1950 Sinopsis Jamal  mewarisi perniagaan ayahnya menjadi saudagar getah terkenal dan hidup bersama isterinya yang setia, Aminah.  Walaupun sudah mendirikan rumahtangga selama enam tahun dan telah dikurniakan seorang anak perempuan (Mardiana), namun kehidupan mereka tetap dalam aman dan bahagia. Suatu hari wakil insurans (Harun) telah datang bertemu dengan ayah Jamal (Kamil) untuk menjual polisi insuransnya tetapi telah ditolak.  Bagaimanapun Jamal menunjukkan minatnya terhadap insurans tersebut. Berikutan pengenalannya dengan Harun, Jamal telah dibawa berkenalan pula dengan teman wanita Harun (Aishah) dan rancangan telah dibuat oleh mereka berdua untuk mempengaruhi (menggoda dan memikat Jamal oleh Aishah) dengan tujuan untuk membolot h...

P. Ramlee - Pendekar Bujang Lapok - 1959

Imej
Director: P.Ramlee_The Legend. Stars: P. Ramlee, S. Shamsuddin and Aziz Sattar. The second instalment of the 'Bujang Lapok' series, this film chronicles the misadventures of the three bachelors as they learn self defence. Along the way, they discover their mutual attraction for their teacher's daughter and their illiteracy. Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=eXLXzVegYcA