Penarik Beca Pengarah: Tan Sri Dr P. Ramlee Syarikat Penerbit: Malay Film Productions Ltd Bahasa: Bahasa Melayu Kategori: Filem Cereka Genre: Drama, Cinta Klasifikasi: U - Untuk Tontonan Umum Durasi: 106 Min Tarikh Tayangan: 25 Okt 1955 Sinopsis AMRAN, penarek beca yang miskin telah dilanggani becanya oleh Azizah, anak gadis Orang Kaya Marzuki, berikutan pertemuan mereka ketika Amran menolong Azizah dari gangguan, Ghazali (buaya darat yang berada dalam perhatian Polis) bersama teman baiknya, Borhan. Orang Kaya Marzuki yang kedekut pada mulanya tidak setuju lebih-lebih lagi terpaksa membayar sewa langganan yang ditetapkan Azizah sebanyak 40 ringgit tetapi kerana mahu menjaga hati anak tunggalnya itu dia mengalah dan terpaksa bersetuju dengan bayaran tersebut tetapi hanya untuk bulan itu saja. “Lain bulan kira lain tau,” katanya. Kerana sikap kedekutnya, Orang Kaya Marzuki telah bertengkar dengan seorang tukang beca kerana mahu pergi ke Kampung Besi yang jauh dengan ...